"Kahwin Terpaksa Ke?" - Gara-Gara Tak Senyum Masa Photoshoot, Pengantin Ini Raih Perhatian
Apa yang marah sangat tu, adoi lawak!
Sesi penggambaran selepas majlis akad nikah atau sanding adalah wajib dilakukan oleh setiap pengantin
Iyalah, bila lagi nak merasa momen indah macam ini kan? Dah pakai cantik-cantik. Kahwin pun sekali seumur hidup. Jadi, memang rugi kalau tak ambil gambar puas-puas.
Namun, lain pula dengan video yang viral di TikTok apabila gambar kahwin sepasang pengantin baru ini mendapat tumpuan ramai gara-gara muka ketat si pengantin lelaki.
Lihat video penuh itu di bawah:
Macam kahwin terpaksa, muka suami bukan main ketat masa sesi photoshoot
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiqahazmann, kelihatan dia berkongsi video nikahnya yang sangat cantik.
Namun, video romantis itu bertukar kepada lucu apabila dia meletakkan momen 'expectation vs. reality". Wajah suaminya yang dilihat tersenyum dalam video terus berubah apabila dalam gambar kahwin mereka.
"Bayar mahal-mahal kerana tak senyum rosak video rosak gambar," katanya di kapsyen video tersebut.
"Sama macam husband saya, tak reti senyum. Jenuh abang photographer suruh senyum hahaha kena ada candid baru ada senyum" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 1.5M tontonan, 89.2K tanda suka serta 731 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pengantin lelaki itu.
Malah, ada yang berseloroh berkata dia sedang menahan untuk membuang air besar dan menunggu bila sesi photoshoot nak habis.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!