seismik

Wanita Ini Semangat Buat Pregnancy Surprise, Tapi Reaksi Suaminya Pula Buat Ramai Terhibur

Jawapan dia unexpected betul.

Cover image via @sarahshmsul (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu menginginkan zuriat sendiri

Kata orang, kehadiran zuriat inilah salah satu pembawa rezeki buat suami dan isteri. Pasangan mana je dalam dunia ini yang tak gembira bila dapat tahu mereka bakal bergelar ibu dan ayah.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila reaksi seorang lelaki menghiburkan ramai selepas mendapat pregnancy surprise daripada isterinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sarahshmsul Replying to @sabeelayusma bila pregnant masa covid be like #pregnant Kinda awkward - ionics

Isteri excited tunggu suami balik kerja nak buat surprise, sekali jawapan suami pula jadi tumpuan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sarahshmsul, kelihatan dia baru saja menyelesaikan solat di dalam biliknya sambil menunggu kepulangan si suami.

Apa yang melucukan adalah apabila suaminya sampai, dia pantas menunjukkan alat ujian kehamilan yang terdapat dua garis kepada lelaki itu. Namun, si suami pula ingatkan itu merupakan Antigen test kit Covid-19.

Setelah berjaya diyakinkan oleh isterinya, dia pantas berkata "Power gila I. You tipu I ke apa? Sumpah?". Reaksi spontannya itu membuatkan si isteri terhibur. Malah, lelaki tersebut terus memegang perut isterinya kerana berasa teruja.

"Tak, masalahnya yang dia confident tu positif Covid pun rilek je ek hahahaha. Tahniah sis!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima 1.3M tontonan, 152.8K tanda suka serta 2.2K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi suami wanita itu yang spontan dan lucu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Boleh pula dia ingatkan wife dia positif Covid-19 ya. Kelakarlah kau ni bang. Apa-apa pun, tahniah guys!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: