seismik

Lelaki Ini Kantoi Beli Kasut Puma 'Copy Ori', Tak Pasal Kena Bahan Teruk Dengan Member

"Puma versi limited edition" - Netizen.

Cover image via @ady.iqml (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kasut jenama mahal seperti Nike, Adidas, Vans dan Puma boleh dikatakan banyak menjadi pilihan para lelaki di luar sana

Namun, bukan semua orang mampu memiliki kasut yang berkualiti original. Ada yang lebih suka 'menyelam' di kedai bundle saja. Asalkan cantik dan selesa dipakai, apa salahnya kan?

Namun, lain pula situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia dibahan oleh kawannya gara-gara kantoi memakai kasut jenama Puma versi 'copy ori'.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Pakai kasut jenama 'Pumh', member bahan siap ada sebutan dengung

Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 13 saat daripada @ady.iqml, kelihatan lelaki itu sedang melepak bersama tiga orang kawannya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila salah seorang kawannya itu sempat membahan kasut jenama Puma yang dipakainya.

Sebaik saja dia menunjukkan kasut itu secara dekat, rupa-rupanya kasut itu bukanlah jenama Puma, tetapi dieja dengan 'Pumh'. Malah logonya juga dilihat berbeza dengan logo asal jenama berkenaan.

Lebih melucukan lagi, salah seorang kawannya gelak terbahak-bahak apabila si perakam siap menyebut 'Pumh' dengan bunyi dengung.

"Puma tengah sembelit tu, tak baik gelakkan. Macam kentut je bunyinya hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1M views, 90.5K likes dan 3.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat reaksi lelaki itu apabila teruk dibahan oleh kawan-kawannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Koyak terus mamat tu lepas kena bahan. Lepas ni confirm dia simpan terus kasut 'Pumh' tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: