seismik

[VIDEO] Gara-Gara Member Bawa Adik Lepak, Pemuda Ini 'Koyak' Kena Bahan Diri Tak Handsome

Nampak muka tahan geram tu.

Cover image via @fareezfakhrullah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah sebagai remaja, kita akan sering keluar melepak dengan kawan-kawan sehingga lewat malam

Tambahan pula jika belajar jauh dari keluarga, memang lepak dengan kawan-kawanlah momen paling seronok.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang pemuda dibahan oleh adik kawannya di kedai makan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Member bawa adik lepak sekali, tak sangka kena bahan pasal muka tak handsome

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fareezfakhrullah, kelihatan sekumpulan remaja sedang melepak sambil makan bersama di sebuah kedai.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang daripada mereka iaitu si perakam turut membawa adiknya lepak dengan mereka sekali.

Lebih menghiburkan adalah apabila adiknya selamba membahan muka pemuda berbaju merah tidak handsome dan menyuruh kakaknya merakam kawan-kawan yang lain.

Perkara tersebut membuatkan pemuda berbaju merah menunjukkan riak muka tidak puas hati dan sempat berkata "dik, kau ni memang nak kena golek la dik".

"Setepek engko bagi ye dik hahahaha, mohon bersabar jangan culik budak tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 3.2M views, 414.3K likes dan 3.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda tersebut yang 'koyak' kena bahan dengan adik member.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi lawaklah, koyak sangat tu bro. Nak marah, tapi kena sabar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: