seismik

“Woi Ustaz!” - Feeling Tengok Muzik Video Sedih, Sekali Terkejut Kantoi Aksi Dirakam

Begitu mudah dia bertukar emosi ya.

Cover image via @ezzfayyad (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah apabila berada di sekolah, ada sesetengah subjek yang akan membuatkan kita rasa insaf dan menyentuh emosi

Contohnya seperti kelas agama dan kaunseling, tambahan pula jika cikgu menyelitkan klip video sedih semata-mata untuk menyedarkan para pelajar.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila gelagat seorang budak lelaki yang tengah feeling melayan muzik video di dalam kelas telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ezzfayyad Reply to @sangkelawar_sabahan1 original sound - ezyree fayyad

Layan muzik video sedih, sekali kantoi dengan ustaz tengah tangkap 'leleh'

Menerusi perkongsian video daripada @ezzfayyad, kelihatan ustaz itu sedang mengajar di sebuah kelas dan memasang muzik video lagu jiwang.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila gelagat salah seorang pelajarnya yang memakai T-shirt Kadet Remaja Sekolah (KRS) dilihat begitu menghayati lagu tersebut sehingga menangis sambil mengelap air mata.

Tanpa dia sedari, ustaznya telah curi-curi merakam gelagatnya yang sedang tangkap leleh itu. Lebih menghiburkan, sebaik saja dia perasan dirinya dirakam, budak lelaki itu spontan menjerit "woi ustaz!" dan reaksi mukanya terus berubah akibat malu.

"Member tak jadi nangis terus, haha nyanyian yang penuh dengan perasaan" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 5.2M tontonan, 547.5K tanda suka serta 11.2K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lucu budak lelaki itu yang malu lepas kantoi melayan perasaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Siapa suruh beria tangkap leleh, kan dah kantoi dengan ustaz. Lawak betul lah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: