seismik

"Member Pantang Dicabar" - Budak Lelaki Baca Doa Gaya Komando Ini Raih Perhatian Warganet

"Ni nak baca doa ke nak bagi arahan kawad?" - Warganet.

Cover image via @pangerangendut (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi rutin bagi pelajar di tadika untuk membaca doa beramai-ramai sebelum makan

Seperti biasa, pasti akan ada seorang ketua dalam kalangan mereka yang dilantik oleh guru untuk mengetuai bacaan doa.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki yang membaca doa dengan gaya komando di tadikanya telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baca doa gaya komando macam nak bagi arahan berkawad, tak nak kalah dengan member

Menerusi perkongsian video daripada @pangerangendut, kelihatan budak lelaki tersebut sedang mengetuai bacaan doa makan di depan kawan-kawannya yang lain.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia yang pada mulanya membaca doa itu dengan nada perlahan, tiba-tiba menaikkan suaranya.

Rupa-rupanya, dia tidak mahu kalah dengan suara kawan-kawannya yang lebih kuat di depan. Lama-kelamaan, bacaan doa sudah kedengaran seperti arahan kawad kaki komando kerana masing-masing berlawan menjerit.

"Dia sebenarnya triggered sebab ada budak lagi kuat suaranya dari dia hahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 950.5K views, 132.3K likes serta 6.8K shares di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gaya budak lelaki itu membaca doa.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tengok banyak kali pun tergelak, kau memang tak nak kalah eh dik? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: