seismik

[VIDEO] "Power Gila" - Viral Budak Lelaki Tiru Bunyi Kereta Mahal Ini Curi Tumpuan Netizen

Ini baru bakat luar biasa!

Cover image via @ffarahinnn_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, media sosial menjadi platform utama untuk kita menunjukkan bakat unik dengan mudah

Tidak kiralah golongan muda mahu pun yang tua, jika bakat tersebut sememangnya unik dan patut diberi pujian, pasti anda akan dikenali ramai dalam masa yang singkat.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang budak lelaki meniru bunyi kereta mahal telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ffarahinnn_

i was amazed had to record it to show this to my husband and decided to keep here for my memories

original sound - ffarahinnn_

Selamba buat bunyi kereta Mustang, Toyota Supra dan Audi R8

Menerusi video yang dikongsi oleh @ffarahinnn_ iaitu cikgu kepada budak lelaki tersebut, kelihatan dia sedang berada di dalam kelas mungkin semasa waktu rehat.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah apabila dia mula membuat bunyi kereta-kereta mahal iaitu Mustang, Toyota Supra dan Audi R8 dan ternyata ia memang menjadi!

"I was amazed had to record it to show this to my husband and decided to keep here for my memories," kata cikgunya.

"Rupanya ada jugak bakat macam ni dekat Malaysia" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih sehingga 3M views, 329.1K likes dan 11.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dan memuji bakat luar biasa budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang daebak lah dik! Semoga bakat awak lebih berkembang lagi lepas ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik