seismik

Kantoi Lepak Sampai Maghrib, Reaksi Pak Cik Ini Bila Anak Panggil Balik Undang Tawa Ramai

RM1 mana cukup pak cik!

Cover image via @niniey_28 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun umur semakin meningkat dan sudah menjadi warga emas, itu tidak menghalang ibu atau ayah kita untuk keluar lepak bersama kawan-kawan mereka

Tambahan lagi golongan ayah-ayah yang suka mengopi dengan kawan mereka, kadangkala mereka melepak hingga ke tengah malam dan sampai ada yang kena jemput dengan anak-anak baru nak balik.

Namun, lain pula dengan situasi di dalam video ini apabila gelagat seorang pak cik dipanggil balik oleh anaknya kerana terlalu lama melepak di kedai telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@niniey_28

pakcik blkg tu dh mengekek gelak.. siap ckp ee xmalu takut bini .. ##gengpakmaon ##gengtakutbini

original sound - Shaniamelia

Kantoi lepak sampai maghrib sampai anak panggil balik, tapi lain pula yang jadi

Menerusi video yang dikongsi oleh @niniey_28, kelihatan gadis itu ingin mengajak ayahnya yang sedang melepak dengan kawan-kawan untuk balik kerana sudah hampir Maghrib.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila pak cik itu keluar dari kedai dan menghulurkan RM1 kepada anaknya sebagai 'rasuah' untuk menutup mulut dan jangan beritahu isterinya dia sudah terkantoi.

Lebih melucukan lagi, dia terus masuk ke dalam kedai dan menyambung lepak bersama kawan-kawannya seolah-olah masalah itu sudah selesai.

"Pak cik belakang tu dah mengekek gelak, siap cakap eee tak malu takut bini," katanya di kapsyen video.

"Tak apa pak cik kalau kantoi dengan bini kami ada boleh backup pak cik hahaha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 385.2K tontonan, 33.5K tanda suka serta 313 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat pak cik itu.

Malah, ada yang berkata jika mereka menjadi gadis itu, mereka tetap akan report dekat mak juga bila balik rumah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Amboi pak cik, bukan main ya sanggup sogok duit sebab nak lepak tu. Tapi lain kali lebih sikit supaya rahsia tak pecah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: