Lelaki Nyanyi Lagu Viral ‘Alahai Kacang Ketot’, Ramai Terpegun Suara Macam P. Ramlee
100% sama!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda sering bermain aplikasi TikTok, sudah tentu anda pernah mendengar sebuah lagu viral 'Alahai Kacang Ketot' bukan?
Lagu tersebut tular gara-gara seorang kanak-kanak perempuan sedang mendodoikan adiknya tidur. Malah, ramai yang menggunakan sound itu dengan membuat parodi dan sebagainya.
Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki menyanyikan lagu berkenaan dengan mengubah iramanya persis seperti muzik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nyanyi lagu 'Alahai Kacang Ketot', ramai puji suara merdu mirip P. Ramlee
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bamlie890, kelihatan lelaki itu sedang mendukung anaknya sambil menyanyikan lagu trending berkenaan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila alunan suaranya kedengaran sangat mirip seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Walaupun hanya menyanyikan versi pendek, ramai yang memintanya untuk membuat full cover kerana terpegun dengan keunikan suaranya itu.
"Suara lenggok tu yang mahal. Rindu Allahyarham P. Ramlee bila dengar suara saudara ni" - Warganet
Ikutan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 2.7M tontonan, 184.6K tanda suka serta 2.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memuji kelunakan suara lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!