seismik

Video Wanita Karaoke Di Majlis Kahwin Ini Jadi Tumpuan Sebab Suara Persis Ziana Zain. Wow!

Sedap gila suara!

Cover image via @hum4irah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, acara karaoke di majlis kenduri kahwin sememangnya sudah sinonim dengan orang Melayu kita

Ia bertujuan untuk memeriahkan lagi majlis dan sekali gus meraikan pasangan pengantin baru. Pelbagai lagu yang dinyanyikan oleh tetamu dan keluarga mengikut adat masing-masing.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman yang memaparkan seorang wanita menyanyikan lagu duet bersama pengantin lelaki telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suara merdu dan power sebijik macam Ziana Zain

Menerusi perkongsian video daripada @hum4irah, kelihatan wanita itu dan pengantin lelaki sedang berduet lagu popular nyanyian Ziana Zain dan Awie bertajuk Senja Nan Merah.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah suara wanita itu sangat merdu dan persis seperti Ziana Zain. Senang cerita, kalau tutup mata memang kita akan ingat Ziana Zain yang menyanyi.

Dia dilihat begitu pandai melenggokkan suaranya seolah-olah sudah biasa masuk pertandingan nyanyian. Malah, ada yang menyuruhnya masuk ke program realiti TV.

"Mak aii, macam dalam concert pulak. Sumpah kena join mana-mana contest" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 122.6K tontonan, 7.5K tanda suka serta 227 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terpegun selepas mendengar suara padu wanita itu. Ada juga yang sempat tag Ziana Zain supaya notice bakatnya yang luar biasa itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuhh, memang powerlah suara dia, mesti tetamu pun seronok je layan sambil makan nasi kenduri :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: