seismik

Baju Sama Macam Staf Catering, Pemuda Ini Kena Prank Tiba-Tiba 'Bos' Panggil Suruh Kerja

Nakal betul member-member dia.

Cover image via @amiruleffendy_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila datang ke kenduri kahwin kawan-kawan, biasanya orang lelaki hanya memakai pakaian simple dan warna minimal saja berbanding perempuan

Selalunya, mereka hanya mengenakan kemeja kosong dan seluar jeans atau pun kemeja batik dan seluar slack saja untuk nampak bergaya.

Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda berpakaian sama seperti staf catering telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tiba-tiba staf catering datang bagitahu bos panggil

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amiruleffendy_, kelihatan mereka semasa itu sedang berada di majlis kenduri kahwin kawan mereka.

Namun, seorang pemuda dilihat memakai baju yang sama seperti staf catering di situ membuatkan kawan-kawannya merancang untuk membuat prank.

Mereka telah berkomplot dengan salah seorang staf catering itu untuk memanggil pemuda tersebut bekerja kononnya disuruh oleh bos.

Apa yang menghiburkan adalah reaksi pemuda itu pada mulanya seperti blur-blur. Tetapi, sebaik saja dia menyedari dia diprank, kawan-kawannya serentak ketawa kerana prank itu menjadi. Pemuda itu pula menahan malu sambil menutup mukanya.

"Lain kali kalau ada majlis macam ni jangan pakai baju hitam atau putih, karang tak pasal-pasal boss panggil semua dekat belakang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 514.5K views, 62.8K likes dan 626 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik member tu tak pergi belakang betul-betul tanya mana pinggan nak cuci oi :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: