seismik

[VIDEO] Abang Lori Bunyikan Hon 'Tenonet', Tapi Rider foodpanda Ini Pula Yang Jadi Tumpuan

Bukan main seronok lagi dia layan kepala.

Cover image via @ecahdemok (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda pasti sudah biasa mendengar bunyi hon lori yang berirama setiap kali berada di jalan raya bukan?

Dalam erti kata lain, budak-budak zaman sekarang menyebutnya sebagai 'hon tenonet'. Ia biasa dibunyikan oleh pemandu lori dan bas.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman di TikTok mengenai rider foodpanda yang spontan menggoyangkan kepalanya selepas mendengar bunyi 'hon tenonet' telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ecahdemok Abg senyum lanje hon ..tak yah tnggu tepi highway .. #honviraltelolet #ikuttrend #fyp original sound - ecahdemokz

Abang lori bunyikan 'hon tenonet', tapi rider foodpanda pula yang buat ramai terhibur

Menerusi video yang dirakam oleh @ecahdemok, kelihatan dia sedang berhenti di traffic light di sebelah sebuah lori.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menyuruh driver lori tersebut membunyikan 'hon tenonet' sementara menunggu lampu hijau. Driver tersebut pantas membunyikan hon lorinya.

Namun, apa yang berjaya menghiburkan warganet adalah apabila seorang rider foodpanda tiba-tiba muncul di tepi lori menghala ke selekoh kiri spontan menggoyangkan kepalanya. Dia seolah-olah sedang melayan lagu 'hon tenonet' itu.

"Video ni FYP sebab abang panda. Akak perlu berterima kasih dekat dia. Sorry bang lori, abang panda tu jugak yang tarik perhatian hahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.9M tontonan, 253.4K tanda suka serta 2.6K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi rider foodpanda yang spontan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Seronok ya abang panda layan 'hon tenonet', kami terhibur! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: