seismik

"Langkawi Tak Boleh Cari Makan" - Pemuda Buat Cable Car Dalam Rumah Ini Curi Tumpuan

Kreatif juga abang ni.

Cover image via @tamkbx_01 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda berkunjung ke Langkawi, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki cable car di sana bukan?

Cable car merupakan tarikan utama buat pelancong dari serata dunia. Tetapi, ramai juga yang gayat untuk menaikinya.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video viral ini apabila seorang pemuda membuat cable car sendiri di rumahnya telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tamkbx_01

Angin kuat sngat dya punya goyang tu lain mcm

kau ade tkde - Ejen Ali

Guna tali pancing buat cable car, ramai pula yang terhibur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tamkbx_01, kelihatan dia sedang merakam cable car hasil buatannya sendiri itu rumahnya.

Menurutnya, dia hanya menggunakan tali pancing untuk menyangkut cable car mainan itu. Sekali pandang, memang nampak macam cable car yang real.

"Angin kuat sangat dia punya goyang tu lain macam," katanya di kapsyen video.

"Genting Highlands atau Langkawi ni? Hahaha pagi-pagi dah buat orang terhibur" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.1M tontonan, 88.2K tanda suka serta 1.5K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat kegigihan pemuda itu yang gigih buat cable car sendiri di rumah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bosan sangat tu bang sampai cable car pun jadi modal mainan ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: