seismik

Tular Rakaman Kucing Ini Bawa Balik Roti Gardenia, Tapi Komen Netizen Pula Undang Tawa

Pandai ya kucing zaman sekarang.

Cover image via @nekliddeya (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang banyak akal dan sering mencuit hati kita

Telatah mereka yang tidak terduga seringkali membuatkan kita ketawa kerana ia melucukan. Jadi, tidak hairanlah jika ada tuan yang geram dengan kucing sampai kemam kepalanya ke dalam mulut kan?

Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman yang memaparkan seekor kucing menjinjing sebuku roti Gardenia telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nekliddeya Puah doh make ikan.. try make roti la plop #kucingkampung#fypviral Pink Panther Intro - Henry Mancini

Selamba bawa balik roti, tak pasal-pasal lembu kena jadi saksi

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @nekliddeya, kelihatan kucing itu seolah-olah dalam perjalanan pulang ke rumah tuannya sambil menjinjing sebuku roti Gardenia di mulutnya.

Apa yang melucukan adalah apabila kebetulan terdapat seekor lembu di kawasan itu membuatkan para netizen membuat dialog mereka sendiri kononnya ia menjadi saksi cik meow mencuri roti tersebut.

"Alahai, kucing shopping. Hahaha nak kongsi makan dengan siapa lah tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 2.6M views, 308.2K likes dan 15.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi cik meow, dah tak nak makan ikan ya sekarang. Demand betul :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: