seismik

Gadis Rakam Kereta Depan Bawa Slow, Sekali Terharu Bila Ternampak Nota Di Cermin Belakang

Bagusnya suami dia.

Cover image via @ninimunirah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia ini, semua wanita pasti menginginkan seorang suami yang penyayang dan pandai menghargai pengorbanan yang kita lakukan

Antara pengorbanan terbesar bagi wanita yang sudah berkahwin sudah tentunya melahirkan zuriat buat si suami.

Semua orang tahu, proses bersalin bukanlah mudah kerana kita perlu bertarung nyawa. Jadi, suami perlulah menghargai dan menjaga isteri dengan baik sepanjang tempoh mereka berpantang.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang gadis merakam kereta di depannya yang dipandu perlahan oleh seorang lelaki telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ninimunirah

Kasih sayang suami kepada isterinya Nak beli kat mana macam ni ?

tak ingin usai - nanaaa

Tampal nota di cermin belakang kereta, bagitahu punca bawa kereta perlahan

Menerusi video yang dikongsi oleh @ninimunirah, kelihatan gadis itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah destinasi.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila kereta di depannya dilihat bergerak dengan perlahan. Pemandu Perodua Viva tersebut juga sempat menampal sekeping nota bertulis di bahagian cermin belakang keretanya.

Apa yang membuatkan ramai terharu adalah rupa-rupanya, dia bukan sengaja membawa perlahan. Dia menulis di nota itu "Maaf, bawak slow. Isteri baru lepas bersalin czer. TQ".

"His common sense as pengguna jalan raya and his sweetness as a husband. A very responsible guy. Allah muliakan suami yang muliakan isteri dia" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 430K tontonan, 68.1K tanda suka dan 1.1K komen di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berasa terharu dan gembira melihat cara lelaki itu menghargai isterinya yang baru lepas bersalin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kalau kita tengok pun dah seronok, apatah lagi isteri dia kan. Mesti hati berbunga-bunga sebab suami dia caring dan loving <3

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: