Gelagat Anak Pecahkan Telur Dekat Dapur, Ibu Pula Tak Sangka Dengar Jawapan Di Akhir Video
Banyak akal ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah bagi ibu bapa
Tambahan pula jika mereka sedang meningkat besar dan ingin mencuba pelbagai perkara baru, ibu bapa haruslah bertenang melihat perangai si anak yang sering menduga kesabaran.
Rumah bersepah sudah menjadi perkara biasa. Kadangkala mereka bermain bedak, menyepahkan tepung di dapur, dan menyelerakkan mainan tanpa mengira waktu.
Namun, lain pula yang berlaku dalam video ini apabila seorang wanita memarahi anaknya kerana memecahkan telur di dapur telah mendapat perhatian warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja usik marah anak sebab pecahkan telur dekat dapur, sekali lain pula yang jadi di hujung video
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikalexandria, kelihatan dia menerjah anaknya yang memecahkan telur di dapur secara senyap-senyap.
Dia kemudiannya memarahi si anak dengan mengeluarkan ayat power mak-mak iaitu "amboi dia!" dengan nada yang tinggi dan panjang. Perkara tersebut ternyata membuatkan anaknya menangis.
Namun dia terkejut apabila bertanya "ni siapa nak kemas ni?", anaknya itu pantas berhenti menangis dan spontan menunjukkan jari ke arahnya.
"Anak bertuah ni. Nak tolong ibu masak," katanya di kapsyen video tersebut.
"Pandai dia tunjuk ibu yang kena kemas haha. Anak saya bukan sekadar telur, siap dengan tepung jagung lagi. Tengok-tengok habis dah, dia cakap nak buat slime" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 218.3K tontonan, 14.6K tanda suka serta 522 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah si kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!