Kawan Mengadu Takut Tengok Muka Ayah Garang, Sekali Anak Reveal Perangai Sebenar Di Rumah
Fuhh layanlah pak cik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebanyakan ayah di luar sana dikenali dengan sifat garang dan susah untuk diajak bergurau senda
Walaupun mungkin sebenarnya perangai mereka gila-gila, mereka tidak mudah menunjukkannya di depan anak-anak.
Namun, lain pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang gadis berkongsi perangai ayahnya di luar dan di rumah telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kawan mengadu muka ayah garang susah nak senyum, sekali anak reveal perangai sebenar dekat rumah
Menerusi perkongsian video oleh @pandamokkk_, kelihatan gadis itu berkongsi ayat yang selalu diterima mengenai ayahnya.
Kawan-kawannya sering mengatakan ayahnya garang dan susah nak tengok dia senyum. Hakikatnya, perangai sebenar si ayah lain daripada apa yang orang luar nampak.
Gadis itu sempat menunjukkan rakaman ayahnya mendengar lagu di headphone sambil menari seorang diri di rumah. Perkara itu membuatkan ramai terhibur.
"Gambar je garang perangai win. Dengar remix ke pak cik? Happy sungguh haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 298K views, 53.5K likes dan 382 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat perangai sebenar pak cik itu di rumah yang ternyata tidaklah garang seperti apa yang kawan anaknya fikir.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!