seismik

“Melatah Bluetooth” - Gelagat 2 Pemuda Kena Prank Mercun Dengan Member Ini Cuit Hati Ramai

Kesian, tapi lawak!

Cover image via @kopiais39 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam setiap persahabatan, pasti ada di antara kawan kita yang kuat melatah bukan?

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, siapa yang kuat melatah itu sudah tentu sering dijadikan bahan lawak dalam kumpulan.

Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat dua orang lelaki melatah gara-gara kena prank dengan kawan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Member saja bakar mercun dekat-dekat, sekali dua-dua melatah teruk

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dikongsi oleh @kopiais39, kelihatan geng lelaki itu sedang melepak di atas motor di sebuah kawasan perumahan.

Apa yang menghiburkan adalah apabila kedua-dua lelaki itu terkejut dan spontan melatah selepas mendengar bunyi mercun meletup di tayar motor mereka.

Salah seorangnya siap bangun seperti ingin memeluk seseorang, manakala seorang lagi membuat aksi pengsan kononnya kena tembak. Mereka kemudian tergelak selepas mendapati itu merupakan prank oleh kawan-kawan mereka.

"Orite tak orite tu? Nasib baik tak ke bulan terus haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 276.4K tontonan, 36.8K tanda suka serta 1.2K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur dan berdekah melihat aksi spontan dua lelaki itu yang melatah teruk.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai, dua-dua tak boleh control melatahnya. Kelakar gila! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: