seismik

Geng Chinese Dancer Ini Guna Sound 'Silat Sajat', Ramai Pula Yang Dekah Tengok Step Tarian

Kena pula tu dengan sound.

Cover image via @zhanxiang98 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa je dalam Malaysia ini yang tidak kenal dengan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman

Ada saja gelagatnya yang lucu dan berjaya membuatkan ramai terhibur di media sosial walaupun pada masa yang sama dia mempunyai ramai haters.

Sajat terkenal dengan aksinya yang suka menari dan menyanyi sesuka hati sambil membuat live di Instagram atau TikTok.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan sekumpulan penari lelaki berbangsa Cina menari dengan menggunakan suara latar Sajat telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zhanxiang98 Join sajat tengok mat kilau @sajat.aussie @nursajat85 #sajat #tiktokfyp #fyp original sound - sajat.zaman - sajjadzaman

Guna sound Sajat bersilat, tapi diolah menjadi tarian

Menerusi video yang dikongsi oleh @zhanxiang98, kelihatan tiga orang lelaki Cina itu sedang menari bersama. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila rupa-rupanya, mereka menggunakan sound di TikTok Sajat bersilat sebagai muzik latar video tersebut.

Lebih menghiburkan lagi, tarian mereka sesuai pula dengan sound itu dari awal hingga akhir tarian kreatif berkenaan.

"Weh sync teruk haha minat betul kat Sajat" - Warganet

Ikutan tularnya video itu yang kini telah mendapat 747.4K views, 77.9K likes dan 2.3K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat kreativiti mereka menari dengan hanya menggunakan sound Sajat.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Haa sudah, dah addicted pula tengok video diaorang ni. Best juga koreografi tu :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: