seismik

[VIDEO] Isteri Rakam Gelagat Suami Setiap Kali Balik Kerja Ini Buat Ramai Rasa Nak Kahwin

Tak pasal-pasal ramai 'jealous'.

Cover image via @scttyktty (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap suami isteri mempunyai cara masing-masing untuk membuatkan pasangan mereka tersenyum atau terhibur

Banyak sebenarnya cara untuk mengukir senyuman di wajah mereka. Ada wanita yang sukakan bunga, percutian, baju, beg tangan dan sebagainya.

Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video ini apabila seorang wanita merakam gelagat suaminya menyambut dia pulang dari kerja telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@scttyktty

how my husband greets me everyday when i come home from work

original sound - …. - ash

Hari-hari suami tunggu depan pintu bilik sambil buat aksi comel

Menerusi video yang dimuat naik oleh @scttyktty, kelihatan dia merakam gelagat suaminya setiap kali dia balik dari kerja.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila rakaman video-video tersebut menunjukkan suaminya membuat macam-macam gaya sambil menunggu si isteri di depan pintu bilik balkoni mereka.

Gelagat spontan suaminya itu membuatkan ramai insecure dan teringin nak kahwin kerana mahukan suami sweet seperti itu juga.

"Takpela kak saya kucing housemate yg tunggu depan pintu huwaaa" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 644.2K tontonan, 113.6K tanda suka serta 1.5K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan suami wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Semoga bahagia selamanya sis dan suami! <3

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: