Geng Isteri Prank Suami Pakai Baju Sama, Tapi Gelagat 'Blur' Lelaki Ini Pula Undang Tawa
Boleh pula dia loading.
Tidak dinafikan, golongan wanita paling sensitif dan malu
jika terpakai baju sama dengan orang lain
Berbeza pula dengan golongan lelaki, mereka memang tidak kisah kalau terserempak dengan orang yang memakai baju atau seluar sama kerana itu bukan isu besar pun.
Namun, berbeza pula dengan situasi yang berlaku dalam video ini apabila geng isteri mengenakan suami mereka dengan menyuruh pakai baju sama semasa bercuti telah mencuri perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Boleh pula blur-blur bila tengok orang lain gelak, sekali baru perasan baju sama dengan suami member
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nabeelasara, kelihatan mereka baru saja tiba di sebuah homestay untuk bercuti bersama.
Apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi keempat-empat lelaki itu terkejut kerana melihat masing-masing memakai baju yang sama sebaik saja tiba di sana.
Tetapi, lebih melucukan adalah reaksi lelaki yang kelima seperti blur-blur bila melihat isterinya tergelak. Sebaik saja dia menoleh ke arah suami kawan-kawannya, baru dia perasan baju mereka sama dan turut ketawa.
"That one yg tak perasan, haha penat gelak. Lambat betul!" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.6M tontonan, 219.4K tanda suka serta 2.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat para suami itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!