seismik

“Prank Jadi Hantu” - Isteri Takutkan Si Suami Balik Tengah Malam Ini Buat Ramai Terhibur

Ending tu kelakar!

Cover image via @baebakesss (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam kehidupan berumah tangga, lumrah jika pasangan suami isteri sentiasa bergurau senda untuk mengeratkan kasih sayang antara mereka

Ada pasangan yang suka bergurau manja, ada juga yang sudah biasa bergurau kasar sejak bercinta lagi. Mungkin kahwin dengan kawan baik sendiri.

Lain pula dengan sebuah video ini apabila seorang wanita sengaja memakai telekung hitam dan membuat prank menjadi hantu untuk terkejutkan suaminya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@baebakesss

Hahahaha sorry baby tak pepasal mencarut tengah malam kan #fyp #CapCut

Menghitung Hari (Piano Version) - Gaius Yeong

Suami balik lewat malam, tiba-tiba muncul idea nak buat prank

Menerusi video yang dimuat naik oleh @baebakesss, kelihatan wanita itu baru saja menunaikan solat sambil menunggu suaminya balik ke rumah.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia tiba-tiba ingin mengenakan suaminya itu dengan berpakaian telekung serba hitam yang menutupi seluruh badannya supaya kelihatan seperti hantu.

Lebih menghiburkan lagi, sebaik saja lelaki itu membuka pintu rumah, dia dilihat sangat terkejut dan membuatkan si isteri tergelak melihat reaksi suaminya.

"Haha tahu terperanjat, semoga sentiasa berkasih sayang hingga ke syurga" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 403.5K tontonan, 32K tanda suka serta 1.1K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pasangan itu. Malah, ramai yang mendoakan semoga perkahwinan mereka sentiasa kekal bahagia.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Suka tengok suami isteri bergurau macam ni, simple tapi sweet <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: