seismik

"Water Retention" - Wanita Kongsi Pengalaman Ambil Gambar Passport Ini Buat Ramai Terhibur

Sabar jelah kak, haha.

Cover image via @nani.roc (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita semua tahu, kadar industri pelancongan kini sudah semakin meningkat

Ramai rakyat Malaysia dilihat melancong ke luar negara untuk melepaskan gian setelah dua tahun terkurung gara-gara wabak Covid-19.

Oleh itu, ramai yang terpaksa renew kembali passport yang sudah tamat tempoh sebelum melancong bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun, lain pula dengan pengalaman yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia terpaksa mengambil semula gambar passportnya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan gambar dah cantik, sekali kena ambil lagi sekali dan hasilnya pula mengecewakan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nani.roc, kelihatan wanita itu menceritakan pengalamannya semasa mengambil gambar passport.

Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia berkata sebaik saja dia memberi gambar passportnya kepada pegawai yang bertugas, dia diminta untuk mengambil gambar baru kerana kononnya wajah di dalam gambar lain dengan rupa asalnya.

Namun, apa yang membuatkan wanita itu geram adalah apabila hasil gambar baru itu dilihat lebih lain berbanding gambar sebelumnya.

"Aku syak ni semua konspirasi kerajaan. Tak sempat apply #pasportmakeup sebab ingat gambar studio tak kena reject. Bengkok semacam aku tengok," katanya.

"Muka saya macam talam sis dalam passport. Mungkin tak mahu digoda orang luar agaknya" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini sudah meraih 259.4K tontonan, 18.6K tanda suka serta 1.4K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dan meluahkan rasa tidak puas hati sama sepertinya gara-gara gambar passport yang tak cantik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Allahu, maaf sis sebab tergelak. Sampai hati pegawai tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: