seismik

Gadis Ini Menangis 2 Jam Kereta Kena Double Park, Tapi Endingnya Pula Buat Ramai Tersengih

Dah macam dalam drama, comel je!

Cover image via @yarafaee (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, insiden kereta suka double park di parking awam sudah banyak kali terjadi

Siapa je yang suka kereta mereka dihalang berjam-jam lamanya betul tak? Tambahan lagi, jika pemilik kereta tersebut tidak meninggalkan nombor telefon dan menarik handbrake. Memang stres dibuatnya.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia menangis kerana terpaksa menunggu dua jam gara-gara sebuah kereta double park di tempat parkingnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Menangis bila jumpa tuan punya kereta, sekali ending video pula buat ramai cair

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yarafaee, kelihatan gadis itu yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di sebuah institusi sedang menangis gara-gara ada sebuah kereta double park di belakang keretanya.

Apa yang membuatkan dia lebih kecewa, tuan kereta Kelisa biru tersebut tidak meninggalkan nombor telefon serta menarik handbrakenya. Jadi, gadis itu sukar untuk menghubunginya untuk mengalihkan kereta.

Namun, setelah menunggu sehingga Maghrib, pemilik Kelisa itu muncul dan meminta maaf berulang kali kepada gadis itu. Dia juga menjelaskan bahawa dia sudah meletakkan nombor telefon di dashboard keretanya, tetapi terlupa untuk diterbalikkan kerana rushing.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Walaupun kesian kat Laila tapi nampak sweet pulak. Dah macam merajuk dengan boyfriend dia" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.7M views, 140.4K likes dan 1.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan antara mereka berdua yang diakhiri dengan reaksi comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, macam tu je dia pujuk ya. Nampak tak perempuan ni sebenarnya cepat cool walaupun baru je lepas nangis :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: