seismik

"Dapat Mak Baru" - Gadis Bawa Balik Kucing Letak Dalam Beg Sekolah Ini Cuit Hati Netizen

Cik meow pun muka pasrah je.

Cover image via @ritsuumlbb_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita terjumpa kucing terbiar di mana-mana, mesti kita akan merasa kesian melihatnya dan terfikir adakah ia cukup makan atau tidak bukan?

Tambahan pula bagi pencinta kucing, memang tidak sampai hati melihat kucing-kucing yang terbiar di jalanan tiada hala tuju.

Sebab itulah ramai yang membawa kucing pulang ke rumah mereka untuk menjaga dan merawatnya supaya membesar dengan sihat.

Seperti sebuah video tular di bawah yang memaparkan seorang gadis yang baru pulang dari sekolah mengambil seekor kucing lalu meletakkan di dalam begnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ambil kucing tepi jalan siap letak dalam beg sebab nak bawa balik

Menerusi perkongsian video daripada @ritsuumlbb_, kelihatan gadis itu baru balik dari sekolahnya dan sedang berjalan pulang.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia ternampak seekor kucing semasa dalam perjalanannya.

Lebih mencuri tumpuan, dia mengambil kucing tersebut dan memasukkan ke dalam beg sekolahnya untuk dibawa pulang sekali.

"Member pun pasrah. Sebab sekarang susah cari makan, baik menyerah diri jela" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.1M views, 187.2K likes dan 1.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel sangat muka kucing tu pun, betul-betul serah diri ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: