[VIDEO] Ajar Boyfriend Cara Sebut Bahasa Spain, Pasangan Ini Buat Warganet Terhibur
KFC tu paling susah nak sebut.
Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa dari luar negara sudah semestinya menyeronokkan
Bukan saja kita boleh mempelajari bahasa lain, malah itu juga menjadi kelebihan untuk berborak dengan pelancong dari luar negara.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang lelaki mempelajari bahasa Sepanyol dari teman wanitanya telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Translate Malaysia ke bahasa Spain, tapi sebutannya pula menghiburkan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @arieffyong, kelihatan pasangan itu membuat perbezaan cara sebutan orang Melayu dan Sepanyol.
Wanita itu yang merupakan warganegara Sepanyol dilihat mengajar teman lelakinya untuk menyebut perkataan seperti KFC, H&M, Maggi, Colgate dan Burger King.
Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila bahasa Sepanyol itu kedengaran sangat unik dan sukar untuk teman lelakinya yang berbangsa Melayu menyebut satu per satu.
"Dah tengah lapar nak sebut KFC tu payah boleh jadi gaduh, haha KFC dengan H&M tu tiba-tiba jadi panjang sebutan" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 3.8M views, 319.4K likes dan 3.5K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur mendengar cara sebutan orang Sepanyol itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!