seismik

[VIDEO] "Operasi Culik" - Nenek Letak Kucing Dalam Beg Plastik Ini Curi Tumpuan Ramai

Diam pula kucing tu dalam beg plastik.

Cover image via @kaklinaaircond (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pencinta kucing, jika terjumpa mana-mana kucing terbiar pasti akan terdetik untuk membawanya pulang

Tambahan pula apabila melihat kucing itu dalam keadaan sakit. Keadaan itu yang membuatkan kita ingin membawa pulang untuk merawatnya. 

Tetapi kadangkala bukan disebabkan sakit sahaja, boleh menjadi asbab kecomelannya juga membuatkan kita ingin bawa pulang ke rumah.

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok apabila seorang nenek membawa pulang kucing terbiar namun dia meletakkan kucing tersebut dalam beg plastik telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu dibawah: 

Dari jauh nampak macam bawa beg plastik yang berisikan barang tetapi rupanya kucing

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kaklinaaircond, kelihatan ibunya sedang membawa pulang kucing terbiar dengan menggunakan beg plastik.

Namun, disebabkan ibunya letak kucing di dalam beg plastik yang membuatkan rata-rata warganet terhibur.

Ibunya merupakan seorang pencinta kucing. Difahamkan, kucing yang dibawa pulang sebenarnya sakit dan dia ingin merawatnya di rumah.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Buat muka macam tak bersalah. Tapi niat nak selamatkan kucing" - Warganet

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dan mereka turut memuji niat baik nenek itu yang membawa pulang bertujuan untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.1M views, 11.7K likes dan 1,322 commentdi TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Jaga-jaga kucing pun ada kes menculik ya! :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: