"Curi Air Starbucks" - Wanita Ini Tetap Rileks Ketika Diserang Monyet Raih Perhatian Ramai
Wow, monyet pun minum Starbucks!
Apabila diserang haiwan liar, kita pasti akan auto panik, lari dan menjerit bukan?
Lebih-lebih lagi apabila diserang monyet, mesti akan auto gelabah. Iyalah, bahaya ya kalau kena gigit dengan monyet liar.
Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita tetap tenang walaupun diserang monyet telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Monyet-monyet di situ level kayangan, minum air Starbucks
Menerusi video yang dimuat naik oleh @samsudin.__, kelihatan wanita itu diserang seekor monyet yang ingin mencuri minumannya.
Walaupun kepalanya sudah dipijak, wanita itu tetap tenang dan masih cuba menyelamatkan minumannya. Namun, minuman itu tetap dicuri oleh si monyet.
Situasi itu mencetuskan persoalan ramai, bagaimana wanita itu tetap steady ketika diserang. Jika hal ini berlaku kepada diri sendiri, mesti akan auto menjerit.
"Rileks sangat tu sis. Kalau aku dah lari tak cukup tanah" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan sikap tenang wanita itu. Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 994.5K views, 51K likes dan 1791 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!