seismik

[VIDEO] Pelajar Acah Berani Nak Halau Monyet Tetapi Dikejar Semula Ini Bikin Dekah Ramai

Macam mana dia boleh masuk?

Cover image via @am_kocho (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana di asrama amat berbeza dengan suasana belajar di rumah

Iyalah, apabila di asrama kita ada rakan-rakan yang boleh menghiburkan kita. Malah, akan ada banyak kenangan yang boleh dibuat bersama.

Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila kenangan bertukar tragis. Pelajar lelaki itu dikejar monyet kerana ingin menghalau daripada terus mencuri makanannya telah menjadi perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Stock Maggi untuk sebulan habis dikebas si monyet

Menerusi video yang dimuat naik oleh @am_kocho di laman sosial TikToknya, dia ingin menghalau monyet yang sedang khusyuk mengigit Maggi.

Situasi bertukar kecoh apabila monyet itu ingin mengejar mereka semula. Malah, monyet itu membuka plastik yang lain dan bawa lari makanan ke luar tingkap.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@am_kocho Replying to @am kocho PART 2 gaisss!!! “Dia makan maggie dengan kaya ke gile???” XD #part2 #unipurple #uitmmachang #uitmdihatiku Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

"Beli patung ular sawa yang besar tu. Letak dekat luar tingkap. Diorang tak berani masuk." - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka dikejar. Malah, mereka juga mengalami perkara yang sama dan memberikan tips untuk takutkan monyet supaya tidak masuk ke bilik mereka lagi.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 1.1M views, 68K likes dan 978 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ingatkan keluar tangan kosong, rupanya bawa sekali Maggi tu :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: