seismik

Monyet Merajuk Tak Mahu Makan, Siap Mengadu Tunjuk Luka Di Tangan Curi Tumpuan Ramai

Pandai ya merajuk.

Cover image via @dakayie66 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Haiwan apabila dalam kesakitan, ada sahaja cara mereka untuk memberitahu kepada manusia

Kadang-kala cara mereka itu membuatkan kita berasa sedih dan ada juga cara mereka yang menghiburkan apabila inginkan perhatian daripada manusia.

Tular baru-baru ini sebuah video di laman sosial TikTok, seorang lelaki telah menemukan seekor monyet yang mempunyai luka di tangan dan membuat reaksi sedih telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dakayie66

ala kesian dia sakit..bg mkn xmau...pndai lak tu mengadu sakit..kalau bole bawa balik,ak dh bawa balik ni....tp sayang xbole bawa...

original sound user969076 - Dak Ayie

Tidak mahu makan tetapi tunjuk luka di tangan

Menerusi video tersebut, pemilik akaun TikTok @dakayie66 secara kebetulan telah menemukan seekor monyet yang ada luka ditangannya.

Dia memberikan makanan kepadanya namun monyet itu menolak dan hanya menunjukkan riak wajah sedih seolah-olah sedang merajuk. Siap mengadu tunjuk dimana lukanya berada.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat comel monyet itu. Ada juga segelintir netizen menyatakan kemungkinan haiwan menolak untuk makan kerana sakit.

"Wah, pandainya dia tunjuk luka" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah mencecah sebanyak 1.1M views, 124.4K likes dan 1,936 comment di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memuji kecomelan monyet itu yang menunjukkan riak wajah sedih dan mengadu dek kerana luka di tangannya.

Berikut di bawah antara komen menarik oleh netizen di laman TikTok:

Pandai pula dia mengadu siap buat bunyi sekali :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: