seismik

[VIDEO] 'Throwback' Gaya Fesyen Zaman 70-an, Ramai Rasa Zaman Ini Hidup Kembali

Kreatif sungguh!

Cover image via @_wankan_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fesyen zaman 70-an sehingga 90-an mempunyai auranya yang tersendiri

Gaya retro sekitar zaman 70-an sangat terkenal di negara ini. Gaya itu jika dikenang semula pastinya akan mengamit semula memori semua orang disebabkan fesyen itu mempunyai style yang tersendiri.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, sekumpulan pemuda mengimbau semula kenangan zaman 70-an dengan menggayakan seperti fesyen dahulu di Dataran Merdeka telah mencuri perhatian ramai warganet.

Lihat video itu di bawah:

Cara berjalan pun hampir sama dengan zaman dulu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wankan di laman sosial TikTok, mereka menggayakan fesyen 70-an bagi mengenangkan semula memori retro.

Seluar jenis bell bottom dan gaya rambut memainkan peranan. Pelbagai barangan retro digunakan dalam video itu seperti surat khabar lama, stroller dan motosikal bertujuan untuk menghidupkan semula kenangan 70-an.

Rata-rata warganet turut terkenang memori zaman dahulu. Mereka memuji penampilan semua orang dalam video ini sangat real dan nampak hidup.

"Tunjuk dekat mak ayah, mereka senyum sebab teringat zaman dahulu" - Warganet

Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 993.5K views, 111.5K likes dan 3,364 comment di TikTok.

Rata-rata warganet turut memuji pakaian dan cara mereka membawa watak pada zaman 70-an berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Rambut afro, seluar bell bottom dan cermin mata main peranan ya. Terbaik! :D

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: