Jarak Rumah Dekat, Tapi Pengantin Menangis Keluarga Balik Lepas Kenduri Ini Curi Tumpuan
Jangan sedih kak!
Moment berpisah dengan ahli keluarga selepas selesai majlis perkahwinan pasti dirasai semua pengantin
Terutamanya pengantin perempuan, mereka akan berasa sedih atau homesick sebaik sahaja melihat keluarga beredar.
Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok, pengantin perempuan itu menangis semasa menghantar keluargnya pulang telah menghiburkan hati warganet.
Lihat video itu di bawah:
Sebak sebaik sahaja kenderaan keluarga bergerak pulang
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @_nrsukmaaaaaa, kelihatan pengantin perempuan menangis semasa keluarganya ingin pulang.
Difahamkan, beza jarak rumah pengantin dan suaminya hanya 15 minit sahaja. Namun, dia masih berasa sebak dan kelihatan tidak sanggup lagi untuk berpisah dengan keluarga.
Sementara itu, rata-rata warganet juga turut berkongsi pengalaman yang sama. Ada sesetengah warganet menangis di bilik sebaik sahaja mereka pulang.
"Sama macam aku dulu, tapi aku menangis dalam bilik" - Warganet
Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 967.3K views, 42.8K likes dan 922 shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat pengantin itu menangis sebaik sahaja keluarganya beredar dari majlis perkahwinannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!