[VIDEO] "Bina Rumah Guna Selimut & Tali" - Ramai Rindukan Aktiviti Zaman Kanak-Kanak Ini
Rindu pula memori masa kanak-kanak.
Zaman kanak-kanak dahulu pastinya akan ada aktiviti menarik untuk menghilangkan waktu bosan
Kemudahan seperti gadget dan permainan video masih belum wujud pada ketika itu. Oleh itu, kanak-kanak dahulu banyak lakukan aktiviti seperti bermain kahwin-kahwin, masak-masak atau bermain pondok-pondok.
Menerusi video yang tular baru-baru ini, lelaki itu mengamit memori bermain rumah-rumah telah mengimbau semula memori zaman kanak-kanak.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat 'rumah' hanya guna selimut dan tali
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki ini membuat lakonan semula ketika kanak-kanak dengan membina rumah menggunakan tali dan selimut.
Situasi tersebut telah menggamit semula memori rata-rata netizen. Mereka juga terhibur dengan lakonan semula lelaki itu dan menyatakan mula rindu zaman dahulu.
Segelintir netizen ada juga mengatakan, mereka menggunakan sofa untuk bermain rumah-rumah itu.
"Yang peliknya, rumah ini lagi selesa dari rumah betul" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 8.5M views, 874.5K likes serta 11.4K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa rindu akan zaman kanak-kanak dahulu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!