[VIDEO] Merajuk Sebab Dapat Tempat Kedua, Gelagat Adik Comel Ini Curi Tumpuan Ramai
Kalah menang adat pertandingan adik.
Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam pertandingan
Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah mengajar anak-anak untuk berteloransi dan memahami bahawa setiap pertandingan pastinya akan ada menang dan kalah.
Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok, kelihatan adik ini merajuk di atas pentas disebabkan mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan taekwondo telah menarik perhatian warganet.
Lihat video itu di bawah:
Terus tak mahu ambil pingat dari penganjur
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @farahbelladaud, adik ini kalah dalam pertandingan dan telah mendapat tempat yang ke-2 dalam pertandingan taekwondo.
Disebabkan tidak menang dalam pertandingan, adik ini terus merajuk semasa sesi penyampaian hadiah sehingga tidak mahu mengambil pingat yang diterima.
Warganet turut terhibur melihat kecomelan adik sehinggakan tunjuk mimik muka merajuk disebabkan tidak boleh terima kekalahan.
"Usaha lagi ya adik, jangan merajuk-merajuk" - Warganet
Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 2.2M views, 104.2K likes dan 4,764 shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah adik yang merajuk sebab kalah pertandingan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!