"Baru Nampak Bergaya" - Warga Bangladesh Ini Pulang Kampung Halaman Pakai Blazer
Baru nampak orang macam berjaya.
Pulang ke kampung halaman merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang
Sama seperti bagi warga Bangladesh, mereka juga semangat untuk pulang ke kampung halaman selepas merantau di negara demi mencari pekerjaan.
Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, seorang warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia, ingin pulang ke kampung halaman dengan memakai blazer telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Baru nampak macam berjaya bila merantau di negara orang
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga Bangladesh sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman.
Namun, pakaian yang dipakainya itu telah mencuri perhatian netizen kerana dia memakai blazer dengan bluetooth earphone.
Cara pakaiannya seolah-olah bekerja di pejabat. Mungkin dia ingin memberitahu kepada keluarganya bahawa dia sudah berjaya apabila merantau.
"Biarlah mereka pulang dengan cara begitu, baru nampak berjaya balik merantau"- Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat pakaian warga Bangladesh itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sebanyak 199.8K views dan 3,527K likes di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!