"Tiada Lagi High Five" - Kucing Cari Bau Tuannya, Ramai Sebak Dengan Kepergian Arwah Ayah
Salam takziah buat keluarga.
Rindu merupakan perasaan yang sering di alami oleh semua orang jika kehilangan orang yang tersayang
Sebenarnya perasaan rindu itu bukan sahaja di alami oleh manusia. Namun, haiwan juga mempunyai perasaan itu sehingga boleh mengalami kemurungan jika terlalu rindukan tuannya.
Baru-baru ini di laman sosial TikTok tular sebuah video, kucing peliharaannya berkelakuan seperti mencari arwah tuannya telah mengundang sebak orang ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tiada lagi high five Ciput bersama arwah tuannya
Pemilik akaun TikTok @ladymarsya terkenal dengan video aksi arwah ayahnya bersama kucing peliharaan mereka yang diberi nama Ciput.
Namun, menerusi sebuah video dia memaklumkan berita pemergian arwah ayahnya. Berita ini telah mengejutkan semua orang kerana dia baru sahaja memuat naik video Ciput bermain bersama arwah ayahnya.
Difahamkan Ciput kerap menghidu di tempat kali terakhir arwah ayahnya berada. Dia seolah-olah rindu untuk bermain bersama tuannya.
Lihat video kali terakhir Ciput bersama arwah di bawah :
"Salam takziah buat keluarga. Selalu tengok video ayah sis dengan kucing" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut mencecah sebanyak 3.1M views, 403.7K likes serta 6,059 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut bersimpati dan berasa sedih di atas pemergian arwah ayah pemilik video tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!