x

seismik

[VIDEO] Kucing Istimewa Ini Mempunyai Dua Muka Sebaik Saja Dilahirkan Curi Tumpuan Ramai

Hebat sungguh ciptaan-Nya

Cover image via @nixlmxn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelik tapi benar, itulah kuasa ciptaan dan kebesaran Tuhan

Di dunia ini, banyak sebenarnya perkara aneh yang berlaku. Kadang-kala perkara yang berlaku itu di luar jangkaan kita.

Namun, perkara aneh itulah tanda bagi menunjukkan kebesaran ciptaan Tuhan.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, kelihatan seorang lelaki menunjukkan anak kucing yang baru dilahirkan mempunyai dua muka dan tiga mata telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@nixlmxn Kebesaran Allah , kucing di lahirkan dalam keadaan 2 muka. #fyp #foryoupage #kebesaranmuyaallah #kucibg2muka Ya Allah - Wali

Terkejut kali pertama melihat keadaan kucing sebegini

Menerusi video yang di muat naik oleh @nixlmxn, dia menunjukkan keadaan seekor kucing yang mempunyai dua muka.

Situasi itu mengejutkannya kerana ini adalah kali pertama dia melihat kucing istimewa ini. Ekoran itu, dia cuba untuk menjaganya dengan baik. Namun, nyawa kucing itu tidak bertahan lama.

Lihat video penjelasan tentang keadaan kucing itu di bawah: 

@nixlmxn Replying to @Nazmi Omar sesungguhnya Allah itu maha mencipta #fyp #kucing2muka #foryoupage Sesungguhnya2019 - Alif Satar & Raihan

"Kucing saya lepas beranak keluar macam ini juga, tapi hidup tak lama" - Netizen

Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 685.5K views, 105.9K likes dan 2,454 comments di TikTok.

Rupa-rupanya, ada di kalangan netizen turut mengalami perkara yang sama. Kucing peliharaan mereka pernah melahirkan anak kucing seperti itu tetapi sama juga tidak bertahan lama.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

First Time tengok kucing macam ini :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: