seismik

"Terus Lompat" - Lelaki Ini Tunjuk Gelagat Kucingnya Faham Perkataan Inggeris Sahaja

Tak nak makanan basah tapi nak wet food.

Cover image via @murcihh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing terkenal dengan sifat yang comel, nakal dan mempunyai banyak gelagat menghiburkan

Lagi-lagi gelagat mereka sewaktu makan. Ada sesetengah kucing, jika ketuk sahaja bekas makanan, mereka terus laju berlari ke arah tuannya untuk berebut makanan.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, apabila kucing peliharaan seorang lelaki hanya faham jika makanannya disebut dalam bahasa Inggeris telah menghiburkan netizen.

Lihat video penuh itu dibawah:

Sambung tidur apabila sebut makanan basah, tetapi terus belari bila sebut wet food

Menerusi video tersebut, lelaki itu menunjukkan kucing-kucing peliharaannya akan memberi reaksi jika perkataan makanan disebut dalam bahasa Inggeris sahaja.

Dia sengaja menyebut perkataan makanan basah, ternyata kucingnya tidak memberi sebarang reaksi. Namun apabila menyebut perkataan wet food, mereka terus berlari ke arahnya.

Lihat video sambungan di bawah:

"Aku selalu cakap snack, kucing aku faham. Bila adik aku sebut makanan, kucing aku buat tak tahu" - Netizen

Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 356.7K views, 50.1K likes dan 1,007 comments di TikTok.

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi tujuh ekor kucing peliharaannya. Mereka turut berkongsi pengalaman semasa ingin memberikan makanan kepada haiwan peliharaan mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Masuk exam MUET mesti dapat band 6. Ini yang dinamakan international cat :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: