Korang Boleh ‘Jalan-Jalan’ Sekitar KL Dengan Lawati Laman Web Ini. Comel!
Best juga website ni!
Cover image via jalanKLFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nak jalan-jalan KL tapi jerebu? Korang boleh cuba pergi ke laman web ini untuk rasai pengalaman sekitar Kuala Lumpur dalam versi yang comel
Anda boleh lawati laman web kl.jalanmalaysia.com bagi merasai pengalaman seperti berjalan sambil bermain di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Apa yang menarik adalah anda bukan sahaja boleh bermain malah anda boleh mempelajari dan mendapatkan info berkenaan lokasi-lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.
Penat berjalan? Anda juga boleh menaiki kenderaaan yang disediakan untuk meneroka kawasan di sekitar dengan lebih cepat.
Berkongsi dengan SEISMIK, pengasas Kracked Devs, Danial Hadi berkata dia mencipta laman web tersebut sepenuhnya sendiri.

Mahu orang luar merasai pengalaman berada di Malaysia
Danial berkata dia mendapat inspirasi untuk mencipta laman web tersebut berdasarkan pengalaman kerja lalu sebagai pemandu pelancong untuk warga Malaysia di London dan sekitar Eropah.
"Saya selalu teringin bangunkan perniagaan pelancongan sendiri di Malaysia, mengajak orang ramai dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman berada di negara kita.
"Aplikasi ini rasa seperti satu langkah pertama yang jelas ke arah merealisasikan visi tersebut," katanya.
Tambahnya, perancangan masa hadapan adalah untuk melibatkan setiap pusat bandar dari setiap negeri di Malaysia supaya pelancong mampu merasai pengalaman di dalam negara juga budaya di sini secara menyeluruh.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


