Hyrox Mohon Maaf & Ubah Peraturan Susulan Insiden Peserta Cirit Tetap Teruskan Perlumbaan

Untuk rekod, Hyrox telah diasaskan di Jerman pada 2018 dan kini dianjurkan di seluruh dunia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Global HK & Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hyrox keluar kenyataan maaf selepas benarkan seorang atlet menamatkan pertandingan di Beijing, China walaupun dilihat buang air besar di pertengahan perlumbaan

Menerusi laporan AFP, gambar dan rakaman video tersebar dalam talian memparkan kaki dan kasut atlet Australia, Joanna Wietrzyk, tercemar najis sambil terus tetap meneruskan perlumbaan dalam pertandingan yang diadakan di ibu negara China itu pada Sabtu lepas.

Peserta terbabit telah menamatkan pertandingan tanpa campur tangan pihak penganjur dan seterusnya memenangi perlumbaan itu, menurut Hyrox.

"Saya memohon maaf kepada semua yang terjejas secara langsung atau tidak langsung, serta semua yang merasakan kami tidak mengendalikan keadaan ini seperti sepatutnya.

"Hyrox melakukan kesilapan kerana tidak bertindak segera ketika perlumbaan," kata pengasas bersama Hyrox, Moritz Furste dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dia mengakui bertanggungjawab kerana gagal menjangka kejadian itu dan berkata peraturan serta prosedur baharu telah dilaksanakan bagi mengelakkan situasi seperti ini daripada berlaku lagi.

SAYS.com
Image via The Guardian

Ada kelemahan dalam peraturan sebabkan tiada campur tangan pengadil

Dalam pada itu, Hyrox China mengakui terdapat kelemahan dalam peraturan yang menghalang pengadil daripada campur tangan segera ketika pertandingan berlangsung.

Penyiar negara China, CCTV turut menyalahkan kelemahan peraturan yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan peserta tetapi juga menggugat asas keadilan dalam mana-mana pertandingan.

Kebimbangan ditunjukkan terhadap peserta lain yang terpaksa menyentuh tikar, pemegang dan trek larian tercemar selepas digunakan atlet berkenaan, selain membangkitkan kebimbangan mengenai kebersihan.

Hyrox telah diasaskan di Jerman pada 2018 dan kini dianjurkan di seluruh dunia, merupakan perlumbaan kecergasan dalam dewan yang menggabungkan larian menggunakan mesin treadmill dan latihan kekuatan seperti lunges serta mendayung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: