Niat Cuma Nak Raikan Birthday Ibu Dari Jauh, Effort Restoran Buat Si Anak Sebak

Bagusnya servis restoran macam ni, prihatin pula tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @_eyamirahh (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dapat pulang menyambut hari jadi ibu kerana kesibukan bekerja, seorang anak bagaimanapun tetap mahu memastikan ibunya diraikan pada hari istimewa itu

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia menghubungi Sama-Sama Cuisine Muar untuk membuat tempahan meja sambil memaklumkan keadaan dirinya yang tidak dapat pulang.

Menurutnya, ibu dan bapanya yang berusia 73 tahun akan hadir sendiri ke restoran berkenaan dengan menaiki e-hailing.

Dia turut meluahkan kebimbangan kerana lokasi restoran yang terletak sedikit ke dalam dan terlindung daripada laluan utama mungkin menyukarkan kedua-dua ibu bapanya mencari jalan.

Justeru, dia memaklumkan akan mengatur perkhidmatan Grab untuk menghantar mereka ke restoran.

SAYS.com
Image via @_eyamirahh (Threads)

Pada masa sama, dia hanya meminta bantuan pihak restoran untuk membantu ibu bapanya ketika tiba, termasuk membuat pesanan makanan kerana sistem tempahan menggunakan imbasan kod QR yang mungkin agak mencabar bagi mereka.

Dia juga meminta pihak restoran memastikan ibu bapanya selamat selepas selesai makan, manakala segala bayaran makanan akan diselesaikan olehnya.

Namun, respons daripada pihak restoran ternyata jauh lebih daripada apa yang diharapkan

Menurut wanita itu, selepas pengurus berbincang dengan pasukan, pihak restoran menawarkan untuk menguruskan semuanya dari A hingga Z.

Antaranya termasuk menyediakan sambutan hari jadi dan dekorasi, mengambil ibu bapanya, membantu mereka sepanjang makan serta menghantar mereka pulang dengan selamat.

"Saya cuma perlu bayar bil makanan," katanya.

Wanita itu mengakui berasa sebak dengan tindakan berkenaan kerana apa yang mungkin kelihatan kecil bagi orang lain membawa makna besar buat dirinya sebagai seorang anak yang tidak dapat berada di sisi ibunya pada hari jadi tersebut.

"Saya cuma nak pastikan ibu rasa diraikan pada hari jadi dia walaupun anak dia tak ada di sisi. Dan somehow, team Sama-sama Cuisine Muar made that possible," katanya lagi.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan restoran berkenaan kerana bukan sahaja membantu menguruskan makan malam hari jadi, malah melayan ibu bapanya dengan penuh perhatian dan keprihatinan

"Thank you for doing far more than I asked for and for treating my parents with so much kindness and care.

"The food was delicious, the service was lovely, but what really stood out to me was the sincerity and thoughtfulness behind your service. You didn't just help me arrange a birthday dinner.

"You helped a daughter celebrate her mother from miles away,"
katanya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: