Saja Letak Duit Merata Dalam Rumah, Cara Si Suami Surprisekan Isteri Ini Jadi Perhatian
Dapat suami yang baik pun satu rezeki.
Membuat kejutan hari jadi buat orang yang tersayang adalah salah satu cara untuk menggembirakan mereka
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk merancang kejutan hari jadi terutamanya buat pasangan masing-masing
Namun, tular baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang lelaki membuat kejutan hari jadi isterinya seperti treasure hunt telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Letak duit dekat merata tempat tersembunyi siap bagi mesej penghargaan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @brotrying, kelihatan lelaki itu membuat kejutan hari jadi yang unik buat isterinya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat meletakkan beberapa keping duit RM50 di beberapa tempat di rumahnya seperti microwave, washing machine, troli ubat, peti ais dan macam-macam lagi.
Dia juga tidak henti mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana menjalankan tanggungjawab yang baik buat suami.
"Sorry, tahun ni abang tak sihat. Ni je surprise abang sempat buat," katanya.
"Bestnya dapat pasangan yang appreciate kita. Aku pula yang rasa terharu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 3.7M tontonan, 244.4K tanda suka serta 21K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terharu melihat kegigihan lelaki itu menggembirakan isterinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Beruntung isteri dia dapat suami yang tahu menghargai macam ni. Semoga rumah tangga mereka sentiasa bahagia! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!