seismik

[VIDEO] Tutup Anak Guna Baju Sebab Tak Nak Kena Hujan, Bapa OKU Ini Buat Ramai Sebak

Besarnya pengorbanan si ayah.

Cover image via @sitilatifahmutalib (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bapa merupakan insan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarganya

Tidak mengira erti penat dan lelah, mereka tetap berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki demi membahagiakan isteri serta anak-anak.

Baru-baru ini, tular pula rakaman seorang lelaki OKU melindungi anaknya dari terkena hujan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sitilatifahmutalib

Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you #CapCut #fyp #trending #masukberanda #suamiterhebatku

original sound - SITI LATIFAH - SITI LATIFAH

Isteri rakam gelagat suami tutup kepala anak guna baju masa nak masuk kereta

Menerusi perkongsian video daripada @sitilatifahmutalib, kelihatan lelaki OKU itu sedang membawa anak lelakinya menuju ke kereta dalam keadaan hujan.

Namun, apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila mendapat tahu bahawa lelaki tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU), tetapi tetap menjalankan tugasnya untuk melindungi anak daripada terkena air hujan.

"Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you," luah isterinya di ruangan kapsyen.

"Berair mata baca caption si isteri. Semoga ikatan kasih sayang sis dan suami hingga ke syurga ya, amin" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 502.2K tontonan, 63.5K tanda suka serta 676 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat cara lelaki itu melindungi anaknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak bolehlah tengok video-video macam ni, sensitif betul air mata ni :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: