seismik

[VIDEO] Malu Nak Cium Pipi Anak, Pemuda Usik Siap 'Tiup' Kepala Mak Buat Ramai Terhibur

Comel je mak dia malu-malu.

Cover image via @fareezsyimeer (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perasan tak, ramai di antara kita yang jarang bergurau senda dengan ibu bapa apabila meningkat dewasa

Sebenarnya, kadangkala ibu bapa kita rindukan kenangan semasa kita masih kecil. Iyalah, mungkin bila dah besar ramai yang malu untuk bermanja dengan mereka kan?

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang pemuda mengusik ibunya selepas solat mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di 

Saja suruh cium pipi, tapi ibu pula yang malu-malu

Menerusi perkongsian video daripada @fareezsyimeer, kelihatan pemuda itu sedang menyakat ibunya yang baru saja selesai solat.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia menyuruh ibunya mencium dahi dan pipinya, si ibu dilihat seperti segan dan malas mahu melayan anaknya.

Lebih melucukan, dia siap meniup kepala ibunya seolah-olah ingin membuang 'sesuatu' dan membuatkan si ibu tergelak.

"Ditiup-tiup mak dia haha, jarang tengok anak marah mak sebab tak nak cium ni" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 388K tontonan, 35.4K tanda suka serta 1.9K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak dia malu sebab ada kamera tu, tak pasal-pasal kena buli ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: