seismik

Jadi Dora The Explorer Suruh Cari Kicap, Suara Member Dekat Belakang Pula Buat Ramai Gelak

Pecah perut gelak weh!

Cover image via @kengg.d (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai kawan yang jenis 'masuk air' bukan?

Perangai mereka memang kita tak boleh dijangka. Kadangkala, mereka akan menunjukkan perangai gila-gila di khalayak ramai. Kita pula yang malu melihatnya.

Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan gelagat seorang lelaki cuba menjadi watak kartun popular Dora The Explorer telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta orang carikan botol kicap, member serumah pula naik menyampah nak layan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kengg.d, kelihatan lelaki itu memakai outfit seperti Dora dan berlakon menjadi watak kartun itu.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia meminta orang ramai mencari botol kicap. Kawannya pula menjawab "di belakang Dora".

Lebih melucukan, dia berkata "tak dengar, jerit kuat lagi" membuatkan kawannya menjerit "belakang, belakang! Tak dengar ke? Bodoh punya Dora!". Dia kemudian turut ketawa melihat dirinya sendiri.

"Bang kalau tak ada kerja boleh datang rumah saya lipat baju ni hahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 991.8K views, 116.7K likes dan 7.1K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kalau macam inilah gaya Dora, memang hari-hari kot kena maki :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: