seismik

Nyanyi Lagu Dodoikan Anak, Tapi Liriknya Pula Macam Nak Perli Si Ibu Ini Buat Ramai Dekah

Perli dalam lagu eh.

Cover image via @daddyqaisarah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, para ibu yang sering mendodoikan anak di dalam buaian jika mereka menangis dan ingin tidur

Fakta mengatakan bayi lebih suka mendengar suara ibu mereka kerana sudah terbiasa dari dalam perut selama sembilan bulan lagi.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang lelaki menyanyikan lagu untuk mendodoikan anaknya yang sedang menangis telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dodoikan anak tengah nangis, tapi lirik lagu pula undang tawa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @daddyqaisarah, kelihatan bayi itu sedang menangis di dalam buaian sambil didodoikan oleh ayahnya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si ayah menyanyikan lagu viral bapa-bapa di TikTok untuk menidurkan anak mereka.

"Adik jangan nangis ibu nak main handphone, adik jangan nangis ibu nak main handphone," nyanyinya.

"Masalahnya kadang-kadang bapak-bapak pun sama naik main handphone dengan maknya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 329.8K views, 22.5K likes dan 1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar lirik lagu itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, bukan main ya perli ibu dia. Minta jaga sekejap pun dah merungut ke :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: