seismik

Join Kakak Nyanyi Lagu ‘Galau’ Dalam Kereta, Gelagat Budak Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Comel je nyanyi part hujung.

Cover image via @meelyyshaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, layan lagu jiwang dalam kereta sememangnya seronok

Tambahan pula jika kita karaoke dengan kawan-kawan atau keluarga yang mempunyai taste lagu sama dengan kita.

Paling seronok kalau karaoke dalam kereta bila dengar lagu jiwanglah, atau dalam bahasa budak-budak zaman sekarang mereka panggil lagu 'galau'.

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang budak lelaki karaoke bersama kakak-kakaknya di dalam kereta telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kakak yang broken, tapi dengan adik sekali ikut healing

Menerusi video yang dimuat naik oleh @meelyyshaa, kelihatan budak lelaki itu sedang menemani dua orang kakaknya di dalam kereta.

Apa yang menjadi perhatian adalah aoabila dia menyanyi bersama kakak-kakaknya itu lagu Indonesia berjudul Merasa Indah nyanyian Tiara Andini.

Lebih menghiburkan lagi, dia hanya menyanyi di hujung setiap perkataan sahaja kerana tidak tahu lirik penuh lagu tersebut.

"Dik, feelingnya awak nyanyi. Siapa buat awak dik" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 102.3K views, 15.1K likes dan 150 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan mengatakan budak lelaki itu handsome.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti dia selalu tengok kakak dia layan lagu galau ni, sebab tu yang terikut sekali :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik