Tak Nak Ibu Kena 'Usha', Budak Perempuan Ini Bebel Tak Bagi Pakai Lipstik Masuk Pasar Raya
Ayah je boleh tengok.
Anak-anak yang petah berbicara sudah tentu akan menghiburkan hari-hari kita
Kadangkala, mereka juga pandai meluahkan rasa cemburu jika melihat seseorang rapat dengan ibu atau ayah mereka.
Lain pula dengan sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan membebel kepada ibunya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak bagi ibu make up sebab tak nak orang pandang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nkhayla, kelihatan budak perempuan itu sedang berada di dalam kereta bersama ibunya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia mula membebel kerana tidak mahu ibunya memakai make up dan lipstick masuk ke pasar raya.
Lebih menghiburkan, dia siap membuat mimik muka marah menunjukkan dia garang dengan harapan ibunya takut dan mendengar katanya.
"Bijaknya dia mewakili perasaan bapak dia ni, haha bukan main lagi dia warning umi dia" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 755.6K views, 38.6K likes dan 6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!