Tak Ada Member India, Pemuda Sambut Deepavali Dengan Kawan-Kawan Melayu Ini Curi Tumpuan
Lagi syok kalau macam ni, meriah!
Baru-baru ini, sambutan Deepavali baru saja diraikan oleh masyarakat India
Perayaan tersebut disambut dengan suasana yang begitu meriah di media sosial. Kita dapat lihat bunga api turut ada di kawasan perumahan yang berdekatan.
Namun, lain pula dengan situasi seorang pemuda India ini apabila dia menyambut perayaan Deepavali dengan kawan-kawan Melayunya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak ada kawan India, tapi kawan Melayu ramai datang rumah sambut Deepavali sama-sama
Menerusi video yang dikongsi oleh @hareeshravi_. kelihatan pemuda itu menunjukkan kemeriahan sambutan hari Deepavali di rumahnya baru-baru ini.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia telah menjemput kawan-kawan Melayunya untuk datang ke rumah.
Menurutnya, dia tidak mempunyai kawan berbangsa India. Oleh itu, dia memilih untuk menjemput kawan-kawan Melayunya untuk memeriahkan lagi suasana di rumah terbukanya itu.
"Patutlah fasih cakap Melayu, geng ramai. Jaga persahabatan elok-elok ya dik" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 433.6K tontonan, 36.5K tanda suka serta 347 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut mengagumi persahabatan pemuda itu dengan bangsa lain.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!