[VIDEO] "Senang Buat Kerja Dik" - Cara Budak Ini Eja Minion Bikin Ramai Geram & Terhibur
Kenapa comel sangat?!
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita perlu memberikan pendidikan sempurna buat anak-anak
Pada peringkat awal, kebiasaannya anak-anak akan belajar mengeja perkataan yang mudah terlebih dulu. Contohnya seperti ayam, bola, kucing, dan sebagainya.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang bayi mengeja perkataan minion telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah suruh spell minion, tapi cara anak eja pula buat ramai ketawa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bb.juancho, kelihatan bayi itu diminta oleh ayahnya untuk mengeja perkataan minion.
Apa yang membuatkan ramai ketawa adalah apabila dia selamba menyebut "em-ho-he-ho-he-ho-heh! minion!".
Situasi itu membuatkan si ayah berdekah kerana tidak menyangka anaknya akan mengeja seperti itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 16.5M tontonan, 2.3M tanda suka serta 90.9K perkongsian di laman TikTok
Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat si kecil itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!